Nampaknya semua orang kagum dan
terpesona dengan keluaran kereta Proton yang baru iaitu Proton Prevé.
Kepada yang tak tahu, sebutan Prevé bukanlah “preev” atau “preef” tetapi
“pri-vey” (baku).
Apa yang menarik dengan kereta ini ialah
feature barunya yang tidak terdapat pada kereta keluaran Proton sebelum
ini dan kereta lain yang berada dalam lingkungan yang sama. Harga
permulaan Prevé adalah RM56k untuk versi manual, RM59k untuk versi CVT
dan RM68k CVT + CFE (Charged Fuel Efficiency).
Kalau nak senang tengok adakah Prevé ni setanding dengan kereta antarabangsa, kita cuba perbandingan dengan Honda City.
Feature\Car | Proton Prevé | Honda City |
---|---|---|
Harga | RM72,000 | RM90,000 |
Enjin | CamPRO + CFE | SOHC i-VTEC |
Kapasiti enjin (cc) | 1561 | 1497 |
Saiz (Panjang x Lebar x Tinggi) mm | 4543 x 1786 x 1524 | 4395 x 1695 x 1470 |
Boot capacity (L) | 508 | 506 |
Transmisi | 7-speed Protonic | 5-speed Automatic Shift |
Max Torque | 205@2000-4000 | 145@4800 |
Max Power | 140/5000 | 120/6600 |
4G in car WIFI | Yes | No |
Turbocharged engine | Yes | No |
Push start buton | Yes | No |
Senang cerita, kalau saya, sebagai pembeli kereta kali pertama, saya akan memilih Prevé atas sebab:
- Saiz lebih besar
- Lebih berkuasa dengan enjin turbocharged
- Lebih banyak feature (4G WiFi, push start button)
- Paling penting, lebih murah
Proton kali ini dilihat lebih berani dan
yakin dalam menonjolkan model terbaru mereka. Semalam, spesifikasi
Proton Prevé telah secara tidak sengaja dibocorkan di laman web mereka.
Biasanya, ini adalah taktik pihak korporat untuk membina ‘hype’ sebelum
pelancaran produk mereka apabila mereka mempunyai keyakinan yang tinggi
terhadap produk tersebut.
Overall saya lihat, apa yang ditawarkan
oleh Proton untuk model Prevé ini adalah sangat menarik dan berbaloi.
Sebagai model yang disasarkan untuk pasaran antarabangsa, Prevé
mempunyai potensi besar untuk berjaya.
Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat
apakah pakej after purchase dan jangkamasa dalam waranti yang akan
diberikan oleh Proton nanti. Kalau positif, saya yakin model ini akan
mendapat pasaran yang amat menggalakkan nanti. Berkemungkinan juga, ada
model yang akan dihentikan pengeluarannya selepas pelancaran Prevé.
Adakah Proton Prevé mampu mengubah persepsi umum dan antarabangsa terhadap Proton? What do you think?
Proton PREVE.. satu jenama baru dari proton untuk pasaran.. mungkin ramai yang tidak tahu proton preve merupakan jentera yang menarik untuk di modifield.jom kita review modifield terkini PREVE