Perodua Kelisa dilancarkan oleh Perodua pada tahun 2001 dan
pengeluarannya berakhir pada tahun 2007 setelah digantikan dengan model
Perodua Viva. Semasa zamannya, Perodua Kelisa mendapat perhatian yang
baik dari peminat-peminat kereta kecil dan kompak. Antara sebab utama
Perodua Kelisa menjadi pilihan ialah saiz bentuknya yang kompak dan
pengendalian yang mudah. Model ini dilengkapi kotak gear manual dan
automatik.
Perodua Kelisa amat mudah dikendalikan,
terutamanya ketika pemanduan di bandar. Saiznya yang kecil memudahkan
pemandu untuk keluar dan masuk dari petak meletak kereta. Enjin
bersesaran 1.0 liter juga tangkas ketika dipandu serta mampu memecut
sehingga 160km/j. Varian 850cc juga terdapat pada Perodua Kelisa namun
kurang menjadi pilihan pembeli. Antara yang sering menjadi sebutan
tentang kelebihan Perodua Kelisa ialah penggunaan petrolnya yang
dikatakan cukup menjimatkan. Rata-rata pemilik Kelisa memuji kenderaan
mereka yang menjimatkan minyak. Majalah-majalah permotoran tempatan juga
membuat review yang bagus berkenaan Perodua Kelisa dari aspek
penggunaan petrol.
Memandangkan Perodua Kelisa merupakan
sebuah kereta kecil yang kompak, tidak timbul isu tentang ruang
penumpang yang sempit atau ruang bagasi yang kecil. Namun jika
dibandingkan dengan Perodua Kancil, Perodua Kelisa jauh lebih selesa
untuk 5 orang penumpang. Spesifikasi yang terdapat dalam Perodua Kelisa
juga lebih lengkap kerana harganya yang lebih mahal. Perodua Kelisa
lebih terkenal di kalangan pemandu wanita yang menginginkan sebuah
kereta kecil yang mudah digunakan, tambahan pula rupa bentuk Perodua
Kelisa agak feminin.Apapun Jom Kita Kongsikan Cara-cara Modifikasi untuk Model Kelisa ini, mungkin boleh menjadi panduan anda untuk memulakan proses modifikasi pada kereta ini..jomm,jomm
Guess http://my.digestrr.com/p/71RJv
Guess http://my.digestrr.com/p/71RJv
No comments:
Post a Comment