Nuffnang Ads

PERODUA MYVI (SIRION) MODIFIED

Perodua Myvi ialah model kereta hatchback supermini/subpadat buatan pengilang kereta Malaysia, Perodua sejak tahun 2005. Myvi yang berasaskan Daihatsu Sirion/Boon generasi kedua dan Toyota Passo ini merupakan hasil usahasama Perodua dengan Toyota dan Daihatsu. Myvi merupakan kereta yang terlaris selama lima tahun berturut-turut mulai tahun 2006 hingga 2010 di Malaysia.
 Kereta Myvi terdiri daripada lima variasi: 1.0SR (manual 5 kelajuan), 1.3SX (manual 5 kelajuan), 1.3EZ (auto 4 kelajuan), 1.3SXi (manual 5 kelajuan), dan 1.3EZi "Premium" (auto 4 kelajuan). Juga terdapat Myvi "Edisi Khas" yang berciri bodykit yang terdiri daripada bampar yang terubah suai, skirt sisi dan spoiler. Myvi juga tersedia dengan sepasang beg udara dan ABS.
Myvi dikilangkan dalam warna-warna Ebony Black, Olive Green, perak, jingga, emas, merah, perak dan putih. Rupa baru 2008 menampilkan pilihan wanra baru yang terdiri daripada Medallion Grey, Ivory White, Pearl White, Klasik Gold, Mistik Red, Ebony Black, Caribbean Blue dan Glittering Silver. Perodua Myvi SE terdapat dengan wanra Ivory White, Ebony Black, Glittering Siver, Pearl White dan Tangerine Orange yang eksklusif untuk Myvi SE.
 Myvi 2011 dikuasakan oleh enjin K3-VE 1.3 liter dengan DVVT serta EFI. Walaupun sama enjinnya dengan generasi terdahulu, namun Perodua mengaku kenaikan 4HP dalam Myvi 2011 kerana kemudi kuasa elektronik (EPS) yang membolehkan Perodua untuk menyalurkan kuasa tambahan untuk meningkatkan kuasa kuda. Terdapat rangkaian kuasa automatik 4 kelajuan dan manual 5 kelajuan; kedua-dua transmisi ini memindahkan kuasa enjin kepada roda depan. Pada bampar belakang ada liang udara yang mengurangkan masalah kepakan. Beg udara SRS terpasang dalam semua kereta, maka Myvi merupakan kereta nasional pertama yang dipasang sedemikian. Tali sawat tengah tempat duduk belakang bertukar dari sekadar riba menjadi ELR tiga sudut. ISOFIX juga menjadi piawaian untuk semua Myvi 2011 untuk pemasangan tempat duduk kanak-kanak.jom kita tengok perodua myvi yang dah diubahsuai untuk panduan semua..TQ
 Guess http://my.digestrr.com/p/71RJv

 

1 comment: