Nuffnang Ads

Proton EXORA Modified

Proton Exora ialah MPV dihasilkan oleh Proton pada tahun 2009. Pembangunan model MPV ini bermula daripada sifar dan ia bakal menjadi MPV pertama rekaan anak Malaysia. Bahagian belakang bumbungnya tidak bercerun sebagaimana kebanyakan MPV masa kini untuk menambah ruang pada barisan ketiga. Proton Exora menggunakan enjin Campro CPS 1.6L untuk menggerakkan MPV ini memandangkan penggunaan bahan apinya lebih baik daripada enjin yang lebih besar.
Pada penghujung tahun 2011, Proton mengumumkan versi baru Proton Exora,iaitu Proton Exora Bold 1.6,dikeluarkan dalam tiga versi iaitu Executive MT (transmisi manual), Executive AT (transmisi automatik 4AT), seterusnya versi tertinggi Exora Bold 1.6 Premium CVT (transmisi CVT) yang menggunakan enjin CFE (CamPro Fuel Efficiency) yang dibantu sistem turbo dengan keluaran kuasa setinggi 138hp@5,000rpm dan tork maksimum 205Nm@2,000-4,000rpm.Di sini saya lampir gambar-gambar berkenaan kereta Proton Exora untuk Panduan anda. jom lihat mana tahu anda berminat dengan proton Exora.














No comments:

Post a Comment