Pages

PERODUA KELISA MODIFIEDS

Perodua Kelisa dilancarkan oleh Perodua pada tahun 2001 dan pengeluarannya berakhir pada tahun 2007 setelah digantikan dengan model Perodua Viva. Semasa zamannya, Perodua Kelisa mendapat perhatian yang baik dari peminat-peminat kereta kecil dan kompak. Antara sebab utama Perodua Kelisa menjadi pilihan ialah saiz bentuknya yang kompak dan pengendalian yang mudah. Model ini dilengkapi kotak gear manual dan automatik.
Perodua Kelisa amat mudah dikendalikan, terutamanya ketika pemanduan di bandar. Saiznya yang kecil memudahkan pemandu untuk keluar dan masuk dari petak meletak kereta. Enjin bersesaran 1.0 liter juga tangkas ketika dipandu serta mampu memecut sehingga 160km/j. Varian 850cc juga terdapat pada Perodua Kelisa namun kurang menjadi pilihan pembeli. Antara yang sering menjadi sebutan tentang kelebihan Perodua Kelisa ialah penggunaan petrolnya yang dikatakan cukup menjimatkan. Rata-rata pemilik Kelisa memuji kenderaan mereka yang menjimatkan minyak. Majalah-majalah permotoran tempatan juga membuat review yang bagus berkenaan Perodua Kelisa dari aspek penggunaan petrol.
Memandangkan Perodua Kelisa merupakan sebuah kereta kecil yang kompak, tidak timbul isu tentang ruang penumpang yang sempit atau ruang bagasi yang kecil. Namun jika dibandingkan dengan Perodua Kancil, Perodua Kelisa jauh lebih selesa untuk 5 orang penumpang. Spesifikasi yang terdapat dalam Perodua Kelisa juga lebih lengkap kerana harganya yang lebih mahal. Perodua Kelisa lebih terkenal di kalangan pemandu wanita yang menginginkan sebuah kereta kecil yang mudah digunakan, tambahan pula rupa bentuk Perodua Kelisa agak feminin.Apapun Jom Kita Kongsikan Cara-cara Modifikasi untuk Model Kelisa ini, mungkin boleh menjadi panduan anda untuk memulakan proses modifikasi pada kereta ini..jomm,jomm
Guess http://my.digestrr.com/p/71RJv

No comments:

Post a Comment