Pages

Proton Preve Modified

Nampaknya semua orang kagum dan terpesona dengan keluaran kereta Proton yang baru iaitu Proton Prevé. Kepada yang tak tahu, sebutan Prevé bukanlah “preev” atau “preef” tetapi “pri-vey” (baku).
Apa yang menarik dengan kereta ini ialah feature barunya yang tidak terdapat pada kereta keluaran Proton sebelum ini dan kereta lain yang berada dalam lingkungan yang sama. Harga permulaan Prevé adalah RM56k untuk versi manual, RM59k untuk versi CVT  dan RM68k CVT + CFE (Charged Fuel Efficiency).
Kalau nak senang tengok adakah Prevé ni setanding dengan kereta antarabangsa, kita cuba perbandingan dengan Honda City.
Feature\CarProton PrevéHonda City
HargaRM72,000RM90,000
EnjinCamPRO + CFESOHC i-VTEC
Kapasiti enjin (cc)15611497
Saiz (Panjang x Lebar x Tinggi) mm4543 x 1786 x 1524 4395 x 1695 x 1470
Boot capacity (L)508 506
Transmisi 7-speed Protonic5-speed Automatic Shift
Max Torque205@2000-4000145@4800
Max Power140/5000120/6600
4G in car WIFI YesNo
Turbocharged engineYesNo
Push start butonYes No
Senang cerita, kalau saya, sebagai pembeli kereta kali pertama, saya akan memilih Prevé atas sebab:
  1. Saiz lebih besar
  2. Lebih berkuasa dengan enjin turbocharged
  3. Lebih banyak feature (4G WiFi, push start button)
  4. Paling penting, lebih murah
Proton kali ini dilihat lebih berani dan yakin dalam menonjolkan model terbaru mereka. Semalam, spesifikasi Proton Prevé telah secara tidak sengaja dibocorkan di laman web mereka. Biasanya, ini adalah taktik pihak korporat untuk membina ‘hype’ sebelum pelancaran produk mereka apabila mereka mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap produk tersebut.
Overall saya lihat, apa yang ditawarkan oleh Proton untuk model Prevé ini adalah sangat menarik dan berbaloi. Sebagai model yang disasarkan untuk pasaran antarabangsa, Prevé mempunyai potensi besar untuk berjaya.
Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat apakah pakej after purchase dan jangkamasa dalam waranti yang akan diberikan oleh Proton nanti. Kalau positif, saya yakin model ini akan mendapat pasaran yang amat menggalakkan nanti. Berkemungkinan juga, ada model yang akan dihentikan pengeluarannya selepas pelancaran Prevé.
Adakah Proton Prevé mampu mengubah persepsi umum dan antarabangsa terhadap Proton? What do you think?
Proton PREVE.. satu jenama baru dari proton untuk pasaran.. mungkin ramai yang tidak tahu proton preve merupakan jentera yang menarik untuk di modifield.jom kita review modifield terkini PREVE